Saturday, August 23, 2008

Selawat "Al Wasilah"



Ertinya : “Ya Allah limpahkan ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan kerahmatan pembuka segala kesusahan serta pertunjukkan umat sekalian selawat yang memeliharakan kami daripada segala kedurjanaan dan selawat yang menjauhkan kami daripada bala kebinasaan. Ya Allah Ya Tuhan kami bahawasanya daku bertawasul kepada Engkau dengan ribuan Qulhuallahu Ahad di hadapan aku pertolongan dan ribuan Qulhuallahu Ahad di belakang bahu aku sandaran dan ribuan Qulhuallahu Ahad di kanan aku harta dan anak untuk jagaan dan Qulhuallahu Ahad di kiri ku yang melepaskan aku daripada segala dukacita dan kesusahan dan aku berlindung di bawah baju besi Engkau yang teguh dan kekebalan dan aku berlindung di bawah naungan pemeliharaan yang teguh dan berkekalan kuncinya Lailahaillallah Muhammad Rasulullah dan anak kuncinya Lahaulawalaquwwata illa bil-lahil’ aliyil ‘adzim dan aku berlindung dengan pedang amiril mu’minin Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah.

Hikmah dari membaca selawat ini ialah untuk menjaga rumah dari pencuri dan perompak serta pukau. Cara mengamalkannya ialah dengan mengerjakan puasa sunat selama 3 hari, ketika dalam berpuasa itu, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 15 kali tiap-tiap lepas sembahyang fardhu. Untuk menjaga rumah atau kedai dan sebagainya dikehendaki juga membaca selawat ini di sekeliling rumah atau kedai itu sebanyak 7 kali.

Wednesday, August 20, 2008

Selawat Syifaa

Syifaa ertinya penyembuh. Selawat ini jika diamalkan secara tetap setiap hari boleh menjadikan badan tetap sihat dan sejahtera. Dijauhkan dari segala macam penyakit dengan izin Allah dan diterangkan hatinya. Sebaiknya selawat ini dibaca selepas sembahyang fardhu menurut kemampuan seseorang dengan bilangan yang tetap.

Thursday, August 14, 2008

Selawat "Nariyah atauTafrijiyyah"


Selawat Nariyah disebut juga selawat Tafrijiyyah yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau didalam menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah siapa-siapa membaca selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke darjat yang tinggi. Dan kata Imam Al-Qurtubi pula siapa membaca akan selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali nescaya Allah Ta’ala hilangkan dukicatanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasih pula oleh orang ramai.