Saturday, October 10, 2009

Surah Al Falaq Dan Surah An Nas


Kelebihannya.
  1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Jampi yang paling baik dibaca kerana hendak menghilangkan ketakutan ialah surah Al Falaq dan surah An Nas.
  2. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Surah Al Falaq menegah seseorang dari kena penjara dan Surah An Nas pula mengelak seseorang dari was-was syaitan.
  3. Kata-kata ulamak yang bermaksud: Sesiapa yang terkena sihir, bacakan padanya surah Al Falaq dan surah An Nas sebanyak 41 kali, insya Allah terlepas ia dari sihir itu. Dan untuk orang sakit, baca padanya selama 3 hari atau 5 hari dan sebanyaknya ialah 7 hari, insya Allah sembuh penyakitnya.
  4. Kata-kata ulamak yang bermaksud: Sesiapa membaca surah Al Falaq dan surah An Nas ketika masuk mengadapi ke atas orang zalim, insya Allah tuhan akan memeliharanya dari kejahatan orang zalim itu.
  5. Kata-kata ulamak yang bermaksud: Barangsiapa yang menulis surah Al Falaq dan surah An Nas pada suatu kain atau apa-apa saja, kemudian digantung pada kanak-kanak kecil, insya Allah terpelihara ia dari kejahatan jin dan binatang-binatang berbisa.

Saturday, July 4, 2009

Surah Al-Ikhlas



FADHILAT SURAH AL-IKHLAS.
  1. Disebut surah al -ikhlas (menyelamatkan) kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakaratulmaut dan menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

  2. Dari Ubay ibn Ka'b r.a dari Nabi s.a.w. "barangsiapa membaca surah al-ikhlas satu kali maka Allah memberikan kepadanya dari pahala seorang yang beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulNya, dan dia memberi kepadanya - dari - pahala seperti pahala orang mati syahid".

  3. Dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. beliau bersabda yang bermakna: "Barangsiapa membaca Qulhuallah maka seakan-akan ia membaca seperti sepertiga al-Quran."

  4. Bersabda Rasulullah yang bermakna: "Barangsiapa membaca Qulhuallah 3x maka ia seperti membaca al-quran seluruhnya."

  5. bersabda rasulullah saw: "Barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas dalam sembahyang-sembahyang fardunya maka Allah SWT mengampun kepadanya dan kedua orang tuanya, dan menghapuskan namanya dari buku induk orang-orang yang celaka dan menuliskannya didalam buku orang-orang yang beruntung."

  6. Sabda Rasulullah yang bermakna: " barangsiapa yang membaca al-ikhlas 10x maka Allah membangunkan untuknya rumah di dalam syurga."

  7. Imam al-Thabarani dari sahabat Jabir ibn Abdillah r.a. yang bermakna: "Barangsiapa membaca Al-ikhlas setiap hari 50x maka ia kelak di hari kiamat dipanggil dari kuburnya,"Bangunlah kamu, hai orang yang memuji Allah SWT, maka masuklah ke syurga."

  8. Maka janganlah lupa membaca al-ikhlas 10x setiap selesai sembahyang fardu.

  9. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, bahawasanya: "Barangsiapa yang membaca al-ilklas 100x di dalam atau di luar sembahyang maka Allah SWT menulis untuknya bebas dari neraka."

  10. Diriwayatkan oleh Imam Sahal ibn Sa'd r.a: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. diadukannya kefakirannya, lalu beliau s.a.w.bersabda: maksudnya"Apabila kamu masuk rumahmu maka ucapkan salam jika di dalamnya ada seseorang dan jika tidak ada seseorang di dalamnya, maka ucapkan salam atas dirimu, lalu ucapkan salam keatas nabi s.a.w. dan bacalah al-ikhlas satu kali."

Tuesday, June 30, 2009

Al-Fatihah

Ertinya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Yang menguasai hari pembalasan (hari akhirat). Hanya Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni‘mat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang dimurkai dan bukan pula (jalan) orang-orang sesat.
Hikmahnya.
Surah Al-Fatihah bererti surat pembuka kata - surat pertama di dalam Al-Quran mengandungi 7 ayat. Ia juga ditafsirkan sebagai "Ummul-Quran" [Ibu Al-Quran] kerana ia mengandungi secara ringkas dasar dari kesulurahan kandungan.
Isi kandungan surah Al-Fatihah merupakan doa yang sangat berfaedah bagi setiap umat islam. Diantaranya untuk memohon pertolongan dan petunjuk Allah kepada jalan yang lurus - bukan jalan yang menyesatkan.

Diantara fadhilat, faedah dan hikmah membaca surat ini mengikut sabda Rasulullah s.a.w ialah:
  1. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan tiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.
  2. Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
  3. Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk mendapat kenaikan pangkat atau darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk menyelesaikan hutang, untuk menyembuhkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi, maka bermohonlah kepada Allah S.W.T dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari diantara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan amalan ini selama 40 hari, insya-Allah hajat kita akan di kurnia Allah S.W.T.
  4. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu, insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat atau darjat yang baik di sisi masyarakat, baik akhlak. Akan memudahkan urusan hidup dan kaum keluarga mendapat perlindugan Allah S.W.T.
  5. Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan memudahkan segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah S.W.T.

Wednesday, June 10, 2009

Selawat Ibnu Abbas r.a



Selawat ini berasal dari Abdullah bin Abbas, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Musa Al-Madini. Khasiat selawat ini banyak sekali, penting sekali bagi orang yang sedang menuntut ilmu, agar memperbanyak membaca selawat ini, Insya Allah akan cepat memperoleh ilmu yang bermanfaat, sebab selawat ini dapat menyinari hati, juga dapat dipakai membentengi diri dari gangguan sihir.

Friday, April 24, 2009

Kelebihan membaca Bismillah


Ertinya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Kelebihan membaca basmalah
Berikut adalah kelebihan-kelebihan (basmalah yang diambil dari hadis-hadis, kata-kata para sahabat serta para salafussaleh.


Dari hadis-hadis nabi saw.
1. Tidak ada dari seorang hamba yang membaca basmalah melainkan hancur syaitan seperti hancur timah diatas api.
2. Tidak ditolak doa yang dimulai dengan basmalah.
3. Apabila kamu hendak berdiri dari satu-satu majlis, bacalah basmalah wa shal lallah hu ala saiyidina Muhammadin wa a’lihi wa shabihi wa sallam, nescaya datang seorang malaikat dan ia akan menegah kepada sesiapa yang hendak mengumpat kamu.Barangsiapa membaca basmalah wa la quwwata illa billah hil aliyyil azhim, nescaya Allah swt menutup untuknya 70 pintu daripada balak, dukacita dan kesusahan.




Dari kata-kata para sahabat dan para salafussoleh.
1. Barangsiapa banyak membaca basmalah pada perkara-perkara yang dihajatinya, terutama mendapat rezeki, nescaya memudahkannya dan ia mengurniakan juga rasa hebat pada hati mereka yang memandang kepadanya.
2. Barangsiapa membaca basmalah sebanyak 1000 kali pada tiap-tiap hari, mudahlah ia memperolehi apa-apa yang dihajatinya.
3. Barangsiapa membaca basmalah 1000 kali pada tiap-tiap hari dan malamnya, terlepaslah ia dari bala dan kesusahan.
4. Sesiapa menulis basmalah sebanyak 35 kali pada satu kertas, kemudian ia menggantungnya di dalam rumah, maka terpeliharalah rumah itu dari syaitan, jin dan diberikan kepadanya berkat yang banyak dan Allah swt memelihara harta dan usahanya serta terhindar dari kesusahan.

Thursday, April 23, 2009

Dua ayat akhir dari surah Al Baqarah


Al Baqarah Ayat 285.

Ertinya:
Rasul dan orang-orang yang beriman telah mempercayai al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya. Semuanya beriman kepada Allah dan malaikatNya dan seluruh kitabNya, dan para rasulNya. (Mereka berkata): "Kamitidak membeza-bezakan di antara salah seorang dari para rasulNya." Dan mereka mengatakan: "Kami taat dan patuh." Seraya mereka berdoa: "Sungguh, ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali."



Al Baqarah Ayat 286.
Ertinya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Penjelasan:

Ayat yang ke 285 dan 286 dari surah Al Baqarah ini mempunyai keistimewaan khasiatnya iaitu;
  • Ayat ini merupakan dialog antara Allah Azza wa jalla dengan Rasulullah s.a.w. pada malam Mikraj ketika beliau sedang menghadap kepadaNya.
  • Barangsiapa yang membacanya, maka dia akan dicukupi oleh Allah s.w.t apa yang dikehendakinya.
  • Tidak ada rumah yang di dalamnya dibacakan dua ayat tersebut selama tiga malam, terkecuali syaitan pasti menjauhi rumah tersebut.
  • Menurut hadis riwayat Ibnu Suni dari Abu Qatadah r.a beliau Nabi s.a.w menyatakan, sesungguhnya orang yang mahu membaca ayat al Kursi dan dua ayat dari surah al Baqarah ketika dalam kesusahan, nescaya Allah s.w.t memberikan pertolongan kepadanya.
  • Barangsiapa yang membaca dua ayat itu pada waktu siang dan malam dengan secara yang teratur dan berkekalan, maka Allah s.w.t akan menolong kepadanya, melapangkan dadanya, dibayar hutangnya, dibinasakan musuhnya, dan dimudahkan untuk mencapai tujuannya.

Tuesday, April 21, 2009

Keistimewaan dua ayat terakhir At Taubah




At Taubah Ayat 128-129

Ertinya:
Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, yang terasa berat dirasa olehnya penderitaan kamu, yang sangat menginginkan (keselamatan) kepada kamu, yang amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang-orang mukmin. Lalu jika kamu berpaling, maka katakanlah: " Cukuplah Allah (penolongku), tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Dia. KepadaNya saya berserah diri dan Dia Tuhan yang memiliki ' Arasy yang agung."

Penjelasan:
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.