Friday, April 24, 2009

Kelebihan membaca Bismillah


Ertinya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Kelebihan membaca basmalah
Berikut adalah kelebihan-kelebihan (basmalah yang diambil dari hadis-hadis, kata-kata para sahabat serta para salafussaleh.


Dari hadis-hadis nabi saw.
1. Tidak ada dari seorang hamba yang membaca basmalah melainkan hancur syaitan seperti hancur timah diatas api.
2. Tidak ditolak doa yang dimulai dengan basmalah.
3. Apabila kamu hendak berdiri dari satu-satu majlis, bacalah basmalah wa shal lallah hu ala saiyidina Muhammadin wa a’lihi wa shabihi wa sallam, nescaya datang seorang malaikat dan ia akan menegah kepada sesiapa yang hendak mengumpat kamu.Barangsiapa membaca basmalah wa la quwwata illa billah hil aliyyil azhim, nescaya Allah swt menutup untuknya 70 pintu daripada balak, dukacita dan kesusahan.




Dari kata-kata para sahabat dan para salafussoleh.
1. Barangsiapa banyak membaca basmalah pada perkara-perkara yang dihajatinya, terutama mendapat rezeki, nescaya memudahkannya dan ia mengurniakan juga rasa hebat pada hati mereka yang memandang kepadanya.
2. Barangsiapa membaca basmalah sebanyak 1000 kali pada tiap-tiap hari, mudahlah ia memperolehi apa-apa yang dihajatinya.
3. Barangsiapa membaca basmalah 1000 kali pada tiap-tiap hari dan malamnya, terlepaslah ia dari bala dan kesusahan.
4. Sesiapa menulis basmalah sebanyak 35 kali pada satu kertas, kemudian ia menggantungnya di dalam rumah, maka terpeliharalah rumah itu dari syaitan, jin dan diberikan kepadanya berkat yang banyak dan Allah swt memelihara harta dan usahanya serta terhindar dari kesusahan.

Thursday, April 23, 2009

Dua ayat akhir dari surah Al Baqarah


Al Baqarah Ayat 285.

Ertinya:
Rasul dan orang-orang yang beriman telah mempercayai al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya. Semuanya beriman kepada Allah dan malaikatNya dan seluruh kitabNya, dan para rasulNya. (Mereka berkata): "Kamitidak membeza-bezakan di antara salah seorang dari para rasulNya." Dan mereka mengatakan: "Kami taat dan patuh." Seraya mereka berdoa: "Sungguh, ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali."



Al Baqarah Ayat 286.
Ertinya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Penjelasan:

Ayat yang ke 285 dan 286 dari surah Al Baqarah ini mempunyai keistimewaan khasiatnya iaitu;
  • Ayat ini merupakan dialog antara Allah Azza wa jalla dengan Rasulullah s.a.w. pada malam Mikraj ketika beliau sedang menghadap kepadaNya.
  • Barangsiapa yang membacanya, maka dia akan dicukupi oleh Allah s.w.t apa yang dikehendakinya.
  • Tidak ada rumah yang di dalamnya dibacakan dua ayat tersebut selama tiga malam, terkecuali syaitan pasti menjauhi rumah tersebut.
  • Menurut hadis riwayat Ibnu Suni dari Abu Qatadah r.a beliau Nabi s.a.w menyatakan, sesungguhnya orang yang mahu membaca ayat al Kursi dan dua ayat dari surah al Baqarah ketika dalam kesusahan, nescaya Allah s.w.t memberikan pertolongan kepadanya.
  • Barangsiapa yang membaca dua ayat itu pada waktu siang dan malam dengan secara yang teratur dan berkekalan, maka Allah s.w.t akan menolong kepadanya, melapangkan dadanya, dibayar hutangnya, dibinasakan musuhnya, dan dimudahkan untuk mencapai tujuannya.

Tuesday, April 21, 2009

Keistimewaan dua ayat terakhir At Taubah




At Taubah Ayat 128-129

Ertinya:
Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, yang terasa berat dirasa olehnya penderitaan kamu, yang sangat menginginkan (keselamatan) kepada kamu, yang amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang-orang mukmin. Lalu jika kamu berpaling, maka katakanlah: " Cukuplah Allah (penolongku), tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Dia. KepadaNya saya berserah diri dan Dia Tuhan yang memiliki ' Arasy yang agung."

Penjelasan:
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Saturday, January 10, 2009

Doa selepas membaca surah Al-Waqi'ah


Erti Doa:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ya Allah wahai Tuhan kami, turunkanlah ke atas kami rezeki daripada langit yang ada untuk kami pada hari ini dari awal kami dan akhir kami serta ayat daripada Engkau; dan berilah rezeki kepada kami kerana Engkau sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, kiranya ada rezeki kami di langit maka turunkanlah ia; dan jika ada rezeki kami di dalam bumi maka keluarkanlah ia; dan jika ada rezeki kami di dalam air dan lautan maka keluarkanlah ia; dan jika ada rezeki kami itu jauh maka perdekatkanlah ia; dan jika adarezeki kami itu sedikit maka perbanyakanlah ia; dan jika ada rezeki kami itu sukar mendapatkannya maka permudahkanlah bagi kami; dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saturday, August 23, 2008

Selawat "Al Wasilah"



Ertinya : “Ya Allah limpahkan ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan kerahmatan pembuka segala kesusahan serta pertunjukkan umat sekalian selawat yang memeliharakan kami daripada segala kedurjanaan dan selawat yang menjauhkan kami daripada bala kebinasaan. Ya Allah Ya Tuhan kami bahawasanya daku bertawasul kepada Engkau dengan ribuan Qulhuallahu Ahad di hadapan aku pertolongan dan ribuan Qulhuallahu Ahad di belakang bahu aku sandaran dan ribuan Qulhuallahu Ahad di kanan aku harta dan anak untuk jagaan dan Qulhuallahu Ahad di kiri ku yang melepaskan aku daripada segala dukacita dan kesusahan dan aku berlindung di bawah baju besi Engkau yang teguh dan kekebalan dan aku berlindung di bawah naungan pemeliharaan yang teguh dan berkekalan kuncinya Lailahaillallah Muhammad Rasulullah dan anak kuncinya Lahaulawalaquwwata illa bil-lahil’ aliyil ‘adzim dan aku berlindung dengan pedang amiril mu’minin Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah.

Hikmah dari membaca selawat ini ialah untuk menjaga rumah dari pencuri dan perompak serta pukau. Cara mengamalkannya ialah dengan mengerjakan puasa sunat selama 3 hari, ketika dalam berpuasa itu, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 15 kali tiap-tiap lepas sembahyang fardhu. Untuk menjaga rumah atau kedai dan sebagainya dikehendaki juga membaca selawat ini di sekeliling rumah atau kedai itu sebanyak 7 kali.

Wednesday, August 20, 2008

Selawat Syifaa

Syifaa ertinya penyembuh. Selawat ini jika diamalkan secara tetap setiap hari boleh menjadikan badan tetap sihat dan sejahtera. Dijauhkan dari segala macam penyakit dengan izin Allah dan diterangkan hatinya. Sebaiknya selawat ini dibaca selepas sembahyang fardhu menurut kemampuan seseorang dengan bilangan yang tetap.

Thursday, August 14, 2008

Selawat "Nariyah atauTafrijiyyah"


Selawat Nariyah disebut juga selawat Tafrijiyyah yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau didalam menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah siapa-siapa membaca selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke darjat yang tinggi. Dan kata Imam Al-Qurtubi pula siapa membaca akan selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali nescaya Allah Ta’ala hilangkan dukicatanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasih pula oleh orang ramai.