Ertinya:Isi kandungan surah Al-Fatihah merupakan doa yang sangat berfaedah bagi setiap umat islam. Diantaranya untuk memohon pertolongan dan petunjuk Allah kepada jalan yang lurus - bukan jalan yang menyesatkan.
Diantara fadhilat, faedah dan hikmah membaca surat ini mengikut sabda Rasulullah s.a.w ialah:
- Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan tiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.
- Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
- Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk mendapat kenaikan pangkat atau darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk menyelesaikan hutang, untuk menyembuhkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi, maka bermohonlah kepada Allah S.W.T dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari diantara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan amalan ini selama 40 hari, insya-Allah hajat kita akan di kurnia Allah S.W.T.
- Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu, insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat atau darjat yang baik di sisi masyarakat, baik akhlak. Akan memudahkan urusan hidup dan kaum keluarga mendapat perlindugan Allah S.W.T.
- Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan memudahkan segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah S.W.T.






